Sistem Pembentungan Rumah Kediaman (Septic Tank System)

Sistem pembentungan adalah sistem yang memastikan kawasan rumah anda bebas dari pencemaran bau, serta disamping boleh menjaga kesihatan anda sekeluarga. Rumah tak berbau, kotor serta bebas dari penyakit yang boleh disebabkan dari bahan buangan sistem pembentungan.



Kebiasaan kod untuk sistem pembentungan ini boleh dikenal dengan paip upvc berwarna putih, manakala untuk sistem air bersih digunakan paip pvc berwarna kelabu.

Terdapat dua jenis sistem pembentungan yang biasanya digunakan untuk rumah kediaman iaitu, sistem pembentungan individu dan sistem pembentungan berpusat.

SISTEM PEMBENTUNGAN INDIVIDU

Sistem pembentungan individu (IST) merujuk kepada sistem yang tidak bersambung (stand alone) dengan mana-mama sistem pembentungan, terhad kepada 1 unit kediaman sahaja. 




Sistem IST ini sesuai untuk digunakan pada kediaman yang mana populasi jumlah penghuni rumah tidak melebihi 150 orang. Saiz tangki yang sesuai akan dicadangkan oleh jurutera semasa proses reka bentuk plan rumah.

Sistem IST ini biasanya terbahagi kepada 2 bahagian. Pada bahagian pertama, sisa pepejal yang terhasil akan termendap menjadi sisa keras, manakala lemak dan minyak akan terapung pada bahagian atas. Lemak dan minyak ini akan ke bahagian kedua tangki septik dimana proses pemendapan akan berlaku sebelum seterusnya air sisa ini dialirkan ke longkang atau dibiarkan mendap dialam tanah.

Sisa pepejal dalam tangki pertama akan mengalami penguraian anaerobik, proses ini biasanya mengambil masa sehingga 24 jam. Untuk tangki septic sistem IST ini biasanya perlu diservis sebanyak 2 tahun sekali untuk mengelakkan masalah tersumbat serta mengelakkan pencemaran bau.

SISTEM PEMBENTUNGAN BERPUSAT

Sistem pembentungan berpusat adalah rangkaian sistem yang menyambungkan terus sistem pemebentungan kepada pusat rawatan pembentungan melalui rangkaian paip bawah tanah. Sistem ini biasanya diselenggara oleh badan lantikan kerajaan seperti Indah Water Konsortium (IWK). IWK juga akan menguruskan pusat rawatan pembentungan awam yang dibina oleh pemaju perumahan.




Kawasan perumahan yang menggunakan sistem berpusat ini kebiasaannya mempunyai satu 'mainhole' yang dikenali sebagai kotak pemeriksaan (Inspection Chamber). Jika terjadi kes seperti paip air buangan tersumbat, kebiasaan pasukan penyelengaraan akan memeriksa kotak ini terlebih dahulu.

Untuk kes ini kebanyakan terjadi salah faham antara kontraktor dan pemilik rumah, kerana di setengah di bandar, adalah diwajibkan pengunaan sistem pembentungan berpusat ini, namun tak berlaku pengesahan semasa proses permohonan kelulusan pembinaan rumah kediaman sesebuah sekaligus menyebabkan proses pembinaan tidak boleh bermula.

Jadi, semasa anda nak rancang untuk bina rumah diatas tanah sendiri. Pastikan ambil kira juga faktor sistem pembentungan ini. Jika di kawasan luar bandar, tak ada masalah boleh gunakan sistem pembentungan individu.

Tapi jika di kawasan bandar utama, kena ambil kira kos sambungan pembentungan kepada paip bawah tanah berpusat. Tersilap kira bajet nanti tak sempat siap pula rumah.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama