Nisbah Bancuhan Konkrit

 Asas kepada bancuhan konkrit adalah pelbagai tetapi jarang yang ambil tahu mengenai kepentingan bancuhan ini. Sedangkan ianya mampu mempengaruhi kekuatan galas konkrit itu sendiri.

...

Asas kepada bancuhan konkrit yang biasa digunakan adalah G20 atau 1:2:4 yang bermaksud :

1 = Simen

2 = Pasir

4 = Batu

Untuk membancuh gred G20 bersamaan 1 kg simen : 2kg pasir : 4 kg batu. Jadi untuk 1 beg simen 50kg : 100 kg pasir : 200kg batu

...

Jumlah air simen yg sesuai utk 1 beg simen OPC atau ordinary portland cement ialah antara 25 liter hingga 28 liter.

...

Untuk lebih jelas, 1kg simen mewakili 0.55 liter air. 1 beg simen : 50kg =50kg x 0.55 = 27.5 Liter air

...

Campuran konkrit akan digredkan dengan gred- gred berikut :

a) G15 (1:3:6)

b) G20 (1:2:4)

c) G25 (1:1.5:3)

d) G30 (1:1:2)

...

Walau bagaimanapun untuk penambahan "๐˜€๐—ฎ๐—ณ๐—ฒ๐˜๐˜† ๐—ณ๐—ฎ๐—ฐ๐˜๐—ผ๐—ฟ" dalam pembinaan, pihak JKR menyarankan untuk menggunakan gred G25 untuk kekuatan galas yang lebih baik.

...

Jom follow rapat-rapat blog ๐๐š๐ก๐š๐ง ๐๐ข๐ง๐š untuk mendapatkan lebih ilmu perkongsian mengenai dunia pembinaan.

 


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama