"Assalam Min, nak tanya hardware Min ada jual atap genting solar ke tak?", ini adalah antara pertanyaan yang baru-baru ni ada pelanggan kami bertanya berkenaan Atap Genting Solar. Beliau bertanya sama ada kami ada bekalkan ke tak Atap Genting Solar ni? Mungkin beliau terpengaruh dengan dakyah page viral yang berkongsi mengenai atap genting Solar ni di Malaysia, hanya sekadar mengejar likes semata-mata tanpa penjelasan barang yang diviralkan.
Pertanyaan berminat nak tahu berkenaan atap genting solar.
Maka rentetan daripada itu, kami mengambil inisiatif untuk lakukan kajian sendiri berkenaan keberadaan Atap Genting Solar ni di Malaysia. Dan kami mendapati tiada lagi mana-mana syarikat yang menjual Atap Genting Solar di Malaysia, yang ada hanyalah Panel Solar yang dipasang pada bumbung rumah. Berbeza tau antara Atap Genting Solar dengan Panel Solar.
Panel Solar
Panel Solar adalah panel rata yang dipasang pada atap atau bumbung rumah sedia ada, biasanya terdapat sokongan tambahan apabila nak pasang panel solar ni, berbeza dengan Atap Genting Solar yang mana digunakan terus sebagai atap rumah.
Jenama Apa Yang Ada Di Pasaran
Secara umumnya, tak banyak lagi syarikat yang menghasilkan Atap Genting Solar, tak seperti Panel Solar yang dah boleh didapati secara meluas di pasaran.
Atap Solar Tesla
Syarikat Tesla kepunyaan Elon Musk antara yang terawal meghasilkan Atap Genting Solar secara komersial di pasaran, tak seperti syarikat lain yang menghasilkan prototaip sahaja. Anda boleh lihat lebih lanjut berkenaan Atap Solar Tesla ni di
Tesla.
Antara penawaran unik yang didatangkan oleh Tesla adalah ketahanan atap itu sendiri yang Tesla dakwa lebih kukuh berbanding atap genting konkrit atau atap genting tanah liat.
Ujikaji hentakan ke atas atap solar vs atap genting
Hasil dari carian kami juga mendapati, terdapat satu lagi syarikat dari China yang juga menghasilkan Atap Genting Solar iaitu Hanergy. Berbanding Atap Solar Tesla, produk keluaran syarikat ini lebih cantik dengan corak beralun, sama seperti kebanyakan atap genting yang berada di pasaran Malaysia.
 |
Atap Solar Hantile |
Untuk labih maklumat lanjut berkenaan produk keluaran Hanergy ni, anda boleh lihat lebih lanjut di
HANERGY.
Berbaloi Ke Kos Pasang Atap Solar Ni?
Baik, ini mungkin pertanyaanyang mungkin ramai nak tahu. Berapa kos sebenar untuk memiliki atap solar ni di rumah masing-masing. Berbaloi ke nak pasang di rumah?
Kami telah buat perkiraan berkenaan kos menggunakan carian projek Atap Solar Hanergy yang dah siap dipasang oleh pemilik di luar negara.
Secara kasarnya, anggaran kos untuk Atap Solar + Kos Pemasangan + Bateri + Inverter adalah sekitar USD 220 per meter persegi atau bersamaan hampir RM968 untuk satu meter persegi (berdasarkan kadar semasa USD 1 = RM4.40 pada tarikh 19/6/2022).
Wow kos meningkat hampir 9 kali ganda berbanding Atap Genting yang biasa. Sejujurnya yang mana dengan kos sebegitu, hanya sebilangan kecil yang mampu untuk menggunakan Atap Solar tersebut.
Untuk pengiraan lebih lanjut, anda boleh rujuk kiraan di bawah:
Secara umumnya, dengan titik pulang modal (ROI) yang hampir mencecah 30 tahun, ia adalah satu pelaburan yang berisiko sekiranya anda berharap keuntungan dari penjimatan penggunaan elektrik yang bakal anda nikmati.
Namun, jika anda adalah seorang yang cintakan alam sekitar dan tidak kisah berbelanja untuk menjaga alam sekitar, ini adalah satu alternatif yang menarik untuk anda.
Akhir kata, kos masih lagi menjadi penghalang utama untuk realisasikan pengunaan tenaga hijau (green energy) sepenuhnya. Semoga suatu hari nanti sumber ini mampu diakses dengan lebih ekonomi untuk semua orang.