CARA BANCUHAN SIMEN KONKRIT



Ramai di kalangan kita ada ketakutan untuk melakukan sendiri kerja-kerja simen (konkrit). Ini kerana jika tersalah nisbah bancuhan, ia akan susah untuk diperbaiki. Tapi sebenarnya, untuk pengunaan secara skala kecilan, ini adalah jauh lebih mudah dari apa yang anda takuti. 

Nisbah Bancuhan Simen

Secara am nya, terdapat tiga bahan utama untuk lakukan bancuhan simen iaitu simen, batu & pasir. Bahan ini dicampurkan dengan air, yang mana bila kering ia akan membentuk hasil akhir yang pejal dan keras.

Bergantung pada pengunaan konkrit, bahan asas ini akan bila diubah cara nisbah bancuhan akan menghasilkan hasil akhir yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan rupa akhir.

Adalah sangat penting untuk dapatkan nisbah bancuhan setiap bahan asas yang betul. Jika terlebih pasir, konkrit anda akan tidak cukup keras. Manakala jila terlebih batu, akan menampakkan permukaan yang kasar dan anda perlu fikir pula cara untuk menutup permukaan yang kasar.

Kaedah Bancuhan

Untuk pengunaan secara domestik, terdapat beberapa cara bancuhan yang boleh digunakan. Antara cara bancuhan yang biasa digunakan adalah bancuhan secara tangan atau dengan bantuan pembancuh simen (cement mixer).

Bancuhan Tangan



Untuk penguna yang baru nak belajar membancuh simen, digalakkan menggunakan bancuhan secara tangan, ini untuk melatih dan membiasakan dengan nisbah bancuhan dan hasil yang diiginkan secara konsisten. 

Mesin Pembancuh Simen



Bila kerja yang hendak dilakukan berlaih kepada skala yang lebih besar, boleh lah beransur-ansur menoleh kepad pengunaan pembancuh simen (cement mixer) untuk membantu tingkatkan produktiviti dan menjimatkan masa.


Ready-Mix Lori Simen (Buyung)



Untuk projek pada skala besar atau perlukan pengunaan pada skala yang banyak dalam satu-satu masa, anda boleh mempertimbangkan untuk dapatkan secara terus dari kilang pembekal simen konkrit siap segera (Ready-Mix). 

Terdapat beberapa gred yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian penggunaan untuk projek anda. Digabungkan dengan penggunaan jentera kren, hasil kerja dan produktitivi anda akan berapa pada tahap optimum. 

Kadar harga untuk konkrit siap segera adalah berbeza-beza mengikut gred dan lokasi projek. Boleh hubungi pembekal anda untuk dapatkan maklumat harga terkini.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama